DUA gol Salah membolehkan Liverpool membelasah Leeds 6-0. FOTO EPA
DUA gol Salah membolehkan Liverpool membelasah Leeds 6-0. FOTO EPA
AFP

Liverpool: Mohamed Salah dan Sadio Mane kedua-duanya meledak dua gol untuk membantu Liverpool merapatkan jurang dengan Manchester City kepada tiga mata selepas mereka membelasah Leeds 6-0 di Anfield.

Salah mengumpul 27 gol daripada 31 perlawanan dan membantu Joel Matip meledak jaringan tatkala The Reds mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut dalam semua kejohanan.

Mane menambah luka Leeds dengan dua gol pada 10 minit terakhir sebelum tandukan Virgil van Dijk melengkapkan kemenangan besar Liverpool.

Tumpuan anak buah Jurgen Klopp sekarang ini terarah kepada perlawanan akhir Piala Liga awal pagi Isnin depan menentang Chelsea dan mereka masih lagi membara untuk cuba meraih kejuaraan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh tiga tahun.

"Saya rasa orang di luar sana lebih senang untuk melihat jurang tiga atau enam mata berbanding 20 atau 30 mata, jadi ia lebih menarik.

"Bagaimanapun, kami harus memenangi banyak perlawanan menentang semua lawan yang sukar dan ia akan menjadi misi getir. Kami akan mencuba," katanya.

Sementara itu, Leeds melihat kesukaran semakin menghimpit mereka terutama selepas Burnley menang 1-0 ke atas Tottenham sekali gus menyaksikan mereka hanya dibezakan dengan tiga mata dari zon penyingkiran.

"Kami bertarung dengan penyingkiran. Sudah tentu ia membimbangkan saya, bagaimana ia tidak akan berlaku?," kata pengendalinya, Marcelo Bielsa

Leeds adalah pasukan yang melepaskan paling banyak gol dalam EPL musim ini dengan 56 gol.

Anak buah Bielsa juga dimalukan 7-0 di City pada Disember dan melepaskan 16 gol dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Februari 2022 @ 9:20 AM