ZOUMA (kanan) diturunkan dalam kesebelasan utama Moyes. -FOTO Reuters
ZOUMA (kanan) diturunkan dalam kesebelasan utama Moyes. -FOTO Reuters
AFP

London: David Moyes menegaskan beliau adalah seorang 'pencinta haiwan' ketika pengurus West Ham itu mempertahankan keputusan kontroversinya untuk memilih Kurt Zouma ketika mereka melakarkan kemenangan 1-0 win ke atas Watford biarpun bitnang Perancis itu melakukan tindakan memalukan menendang kucing.

Moyes memilih Zouma hanya beberapa jam selepas polis melakukan siasatan ke atas video yang menjelekkan yang menunjukkan lelaki berusia 27 tahun itu menjatuhkan, menendang dan menampar kucing peliharaannya.

West Ham 'mengecam' tindakan memalukan Zouma itu dan bekas pertahanan Chelsea mengeluarkan permohonan maaf sebelum sepak mula perlawanan Liga Perdana di Stadium London.

Moyes dikritik kerana tidak mengeluarkan Zouma daripada kesebelasan utama tetapi beliau menegaskan beliau melakukan apa yang betul untuk kelabnya.

Kemenangan West Ham menyaksikan mereka berjaya memintas Manchester United untuk berada di kedudukan keempat Liga Perdana dalam usaha untuk mendapatkan tempat beraksi di Liga Juara-Juara.

"Saya benar-benar kecewa dan kelab mengambil tindakan yang boleh mereka lakukan terhadap tindakan sebelum ini. Tugas saya ialah memilih pasukan terbaik dan Kurt adalah sebahagian daripadanya," kata Moyes.

"Saya adalah seorang yang sangat mencintai haiwan dan tindakan Kurt itu menjejaskan ramai orang.

"Saya benar-benar kecewa dengan apa yang saya lihat dan apa yang diberitahu kepada saya tetapi tugas saya adalah untuk cuba mencari kemenangan buat West Ham.

"Sesetengah orang akan kecewa dan saya faham itu.

Tindakan Zouma ini mendapat reaksi ramai pihak dengan dia terus dikecam dan diejek oleh penyokong Watford malah penyokong West Ham turut serta mengejeknya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 8:44 AM