ZOUMA mohon maaf selepas rakaman dia menyepak kucingnya tersebar. -FOTO Agensi
ZOUMA mohon maaf selepas rakaman dia menyepak kucingnya tersebar. -FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain bola sepak West Ham, Kurt Zouma berkata dia 'sangat menyesal' selepas tersebar rakaman dia menendang kucingnya seperti bola sepak di lantai dapurnya.

Bintang Liga Perdana Inggeris berusia 27 tahun itu juga dilihat menampar muka haiwan peliharaannya dalam video yang diperoleh The Sun.

Adiknya Yoan percayai merakamkan insiden itu di dalam rumah agam yang bernilai £2 juta (RM11.32 juta) milik pemain pertahanan itu sebelum menyiarkan di ruangan Snapchat pada petang Ahad sehari selepas Zouma beraksi bersama West Ham dalam saingan Piala FA.

Tindakan Pemain antarabangsa Perancis itu dirakam didapur apabila dia mengambil kucing itu sebelum menjatuhkannya dan membalingnya.

Dia juga dilihat mengejar kucing Bengal di sekitar ruang makannya di hadapan seorang kanak-kanak manakala kedengaran perakam sedang ketawa.

Bekas pemain Chelsea yang bernilai £30 (RM169.86 juta) kemudiannya melempar sepasang kasut ke arah haiwan itu ketika ia cuba melarikan diri.

Klip terakhir menunjukkan dia menampar kucing di muka dan kucing berkenaan cuba melepaskan diri dari pelukan kanak-kanak itu.

"Saya memohon jutaan kemaafan"

Zouma selepas itu mengeluarkan permohonan maaf dan menegaskan ia adalah insiden terpencil.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Sky News, dia berkata: "Saya juga ingin menyatakan bahawa saya sangat menyesal kepada sesiapa yang kecewa dengan video itu. Saya ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa kedua-dua kucing kami dalam keadaan baik dan sihat."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Februari 2022 @ 10:23 AM