Pertahanan Perancis, Kurt Zouma. FOTO Agensi
Pertahanan Perancis, Kurt Zouma. FOTO Agensi
AFP

London: West Ham melengkapkan urusan menandatangani pemain pertahanan Perancis, Kurt Zouma dari pencabar Liga Perdana, Chelsea dalam perjanjian dilaporkan bernilai £25 juta (RM144 juta).

Pemain berusia 24 tahun itu bersetuju dengan kontrak empat tahun selepas meninggalkan Stamford Bridge di mana dia memenangi dua kejuaraan Liga Perdana dan pingat kemenangan Liga Juara-Juara.

"Saya sangat gembira dan bangga," kata Zouma kepada West Ham TV.

"Perbincangan saya bersama pengurus berjalan lancar. Saya berasakan dia benar-benar mahukan saya menyertai pasukan ini, terutama pasukan yang bagus serta memulakan musim dengan sangat baik."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 5:55 PM