Pemain Borussia Dortmund, Jude Bellingham (kanan) ketika beraksi di saingan Bundesliga. FOTO Agensi
Pemain Borussia Dortmund, Jude Bellingham (kanan) ketika beraksi di saingan Bundesliga. FOTO Agensi
Agensi

London: Borussia Dortmund dilaporkan bimbang mengenai minat ditunjukkan Liverpool terhadap Jude Bellingham, dengan skuad Reds dikatakan bersedia dengan tawaran perpindahan lumayan buat pemain kebangsaan England itu.

Pemain berusia 18 tahun itu sekali lagi mempamerkan aksi menakjubkan buat BVB bagi kempen 2021-22, meledak empat gol dan menghasilkan 10 bantuan jaringan dalam 28 penampilan di semua pertandingan.

Bellingham mempunyai kontrak bersama Dortmund sehingga Jun 2025, tetapi menurut Football Insider, kelab gergasi Jerman itu sedang melakukan perbincangan awal mengenai lanjutan kontrak dan penambahbaikan.

Laporan mendakwa kelab Bundesliga itu bimbang mengenai minat yang ditunjukkan Liverpool terhadap pemain Inggeris berkenaan, yang dipercayai menjadi sasaran utama skuad kendalian Jurgen Klopp.

Dortmund dilaporkan sudah bersedia dengan kontrak baharu buat Bellingham menjelang musim panas ketika Chelsea dan Manchester United dipercayai turut meminati bakat pemain itu.

Pemain muda itu meledak lapan gol dan menghasilkan 14 bantuan gol dalam 74 penampilan buat BVB dalam semua pertandingan sejak menyertai kelab itu dari Birmingham City pada Julai 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Februari 2022 @ 7:05 PM