Penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland. FOTO AFP
Penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland. FOTO AFP
Agensi

London: Chelsea dilaporkan menaruh keyakinan tinggi memenangi perlumbaan menandatangani Erling Braut Haaland di sebalik minat tinggi dari beberapa kelab utama Eropah terhadap penyerang Borussia Dortmund itu.

Pemain berusia 20 tahun itu, sudah meledak 43 gol dalam 45 penampilan untuk BVB dalam semua kejohanan, termasuk 27 gol dalam 27 aksi pada kempen 2020-21.

Beberapa kelab termasuk Manchester United, Real Madrid, Barcelona dan Manchester City, dikaitkan dengan pemain kebangsaan Norway menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

The Blues percaya berpeluang mendahului kelab gergasi lain dalam era baharu, dengan tawaran pakej lumayan yang mampu menarik penyerang itu menyertai kelab Inggeris berkenaan.

Ketua pasukan bola sepak utama Dortmund, Sebastian Kehl baru-baru ini menegaskan kelab Bundesliga melakukan persediaan untuk mengekalkan Haaland bersama kelab itu pada musim akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 7:51 PM