Pemain tengah Lyon dari Brazil, Bruno Guimaraes (kiri) ketika beraksi di Ligue 1 Perancis. FOTO AFP
Pemain tengah Lyon dari Brazil, Bruno Guimaraes (kiri) ketika beraksi di Ligue 1 Perancis. FOTO AFP
AFP

London: Newcastle mengumumkan berjaya menandatangani pemain tengah Brazil, Bruno Guimaraes dari Lyon menerusi perjanjian empat tahun setengah tanpa mendedahkan yuran perpindahan pemain itu.

Guimaraes, 24, adalah pemain ketiga yang ditandatangani ketua jurulatih, Eddie Howe pada jendela perpindahan selepas ketibaan pemain kebangsaan England, Kieran Trippier dan pemain kebangsaan New Zealand, Chris Wood.

"Bruno adalah pemain berbakat besar dan menjadi antara sasaran utama kami jadi saya gembira memperoleh khidmatnya," kata Howe.

"Dia memperkuatkan lagi pasukan sekali gus bersedia untuk berdepan cabaran akan datang. Dia menjadi salah seorang pemain penting di Perancis dan tonggak skuad kebangsaan Brazil."

Newcastle juga dilaporkan bersetuju dengan perpindahan membabitkan pertahanan Brighton, Dan Burn, yang dipercayai bernilai sekitar £13 juta (RM73 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 10:17 AM