AKSI Wilson curi tumpuan.  FOTO Reuters
AKSI Wilson curi tumpuan. FOTO Reuters
AFP

London: Callum Wilson menjaringkan gol lewat dan kemudian ketika Newcastle menang 4-1 di tempat sendiri menewaskan Brighton untuk menghampiri tempat ke Liga Juara-Juara.

Kemahiran 'bola mati' Kieran Trippier membuka jalan kepada Newcastle untuk mendahului 2-0 sebelum babak pertama berakhir di St James' Park apabila hantaran lintangnya membawa kepada gol sendiri daripada Deniz Undav serta tandukan dari Dan Burn.

Undav bagaimanapun menyamakan kedudukan untuk Brighton pada awal separuh masa kedua.

Namun ketika Seagulls berusaha menyamakan kedudukan, Wilson menjaringkan gol seminit sebelum masa sebenar tamat dan membantu gol Bruno Guimaraes untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Kemenangan itu meletakkan Newcastle di tangga ketiga dalam carta Liga Perdana dan hanya memerlukan satu kemenangan daripada baki dua perlawanan liga musim ini, di tempat sendiri menentang Leicester pada Isnin dan bertemu Chelsea di tempat lawan untuk memastikan tempat ke saingan elit Eropah.

Kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas akan terjamin tanpa perlu menunggu baki dua perlawanan lagi jika Liverpool tewas kepada Aston Villa esok.

Brighton kekal di tempat keenam dan masih bersaing untuk ke saingan Liga Europa musim depan.

"Saya rasa kami cemerlang pada separuh masa pertama," kata pengurus Newcastle, Eddie Howe.

"Satu persembahan yang hebat, tapi kami sebenarnya kami gagal merebut sedikit peluang yang terhidang."

Mengenai prospek bola sepak Liga Juara-Juara, beliau menambah: "Ya (kami hampir), tetapi ia masih jauh. Kami akan menikmati malam ini, tetapi kemudian fokus kami ke arah Leicester.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2023 @ 8:29 AM