TAKUMI Minamino (kanan) jaringan gol penyamaan Liverpool untuk menjadikan kedudukan 3-3. -FOTO EPA
TAKUMI Minamino (kanan) jaringan gol penyamaan Liverpool untuk menjadikan kedudukan 3-3. -FOTO EPA
AFP

London: Liverpool mempamerkan aksi mengagumkan apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leicester menerusi penentuan penalti selepas aksi suku akhir Piala Liga Inggeris berakhir 3-3 di Anfield.

Turut menempah tiket ke separuh akhir adalah Chelsea dan Tottenham.

Spurs melakarkan kemenangan 2-1 ke atas West Ham ketika Chelsea meledakkan dua gol pada lewat permainan untuk mengatasi Brentford 2-0.

Leicester bagaimanapun terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Jamie Vardy untuk memastikan skuad kendalian Brendan Rodgers mendahului permainan.

Bagaimanapun Jurgen Klopp yang melakukan 10 pertukaran ke atas skuad yang seri 2-2 di Tottenham Ahad lalu kerana Liverpool berdepan dengan empat kes positif Covid-19.

"Saya sangat gembira dengan persembahan, semangat dan mentaliti pemain. Kami berdepan kesukaran pada separuh masa pertama dan saya terpaksa melakukan perubahan.

"Neco boleh memainkan peranan di bahagian serangan tapi Conor ada di sana, ia tidak berjaya dengan baik.

"Pada separuh masa pertama, saya memaklumkan pemain saya suka dengan apa yang mereka lakukan tapi ada kesilapan di depan gawang. Kami perlu menukarkannya lebih kerap dan bermain separuh ruang untuk mendapatkan ketepatan dan gol.

"Membawa Jota masuk amat membantu dan Milly turut melakukan benda yang sama dan mereka semua adalah hebat," katanya.

Alex Oxlade-Chamberlain memulakan kebangkitan Liverpool dengan jaringan minit ke-19 tetapi Leicester kembali menjarakkan diri menerusi rembatan James Maddison.

Klopp kemudiannya memasukkan tiga tonggak utamanya selepas rehat dan salah seorang daripada mereka, Diogo Jota menghidupkan kembali peluang Liverpool dengan jaringan 22 minit sebelum tamat permainan.

Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel berjaya menafikan percubaan penyerang Portugal itu untuk gol penyamaan, namun aksi cemerlang Takumi Minamino berjaya menyamakan kedudukan buat Liverpool minit kelima masa kecederaan.

Namun Minamino terlepas sepakan penaltinya, tetapi penjaga gol Liverpool Caoimhin Kelleher berjaya menyelamatkan sepakan Luke Thomas dan Ryan Bertrand sebelum Jota meledak penalti kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 8:06 AM