Diogo Jota (tiga kiri) meraikan gol ketiga Liverpool berdepan Arsenal. FOTO AFP
Diogo Jota (tiga kiri) meraikan gol ketiga Liverpool berdepan Arsenal. FOTO AFP
Jurgen Klopp (dua kanan) memuji aksi pemainnya.
Jurgen Klopp (dua kanan) memuji aksi pemainnya.
AFP

Liverpool: Jurgen Klopp berkata dia berasa kagum dengan tahap permainan dipamerkan Liverpool di awal musim dalam mempertahankan kejuaraan Liga Perdana selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Arsenal 3-1 di Anfield.

Gol dari Sadio Mane, Andy Robertson dan Diogo Jota menghentikan rentak Gunners, yang memenangi dua perlawanan pembukaan liga musim ini.

Ketika Manchester City, Chelsea, Manchester United, Tottenham dan kini Arsenal kesemuanya sudah tewas dalam tempoh tiga minggu pembukaan kempen musim baharu.

Liverpool pula merangkul mata maksimum untuk menjadi pasukan utama yang harus ditewaskan dalam Liga Perdana musim ini.

Eriksen bakal mengemudi jentera tengah Denmark. FOTO EPA
Eriksen bakal mengemudi jentera tengah Denmark. FOTO EPA

"Ia masih pada awal musim dan prestasi ini sangat 'wow'," kata Klopp.

"Sejak dari awal babak kedua, (ia pernah) penguasaan antara pasukan yang mempamerkan prestasi terbaik. Kami harus berhati-hati dengan serangan balas pantas.

"Aksi bola sepak yang kami pamerkan sangat sukar. Mengenai perlawanan malam ini, tidak yang buruk untuk diperkatakan."

Keputusan perlawanan pasti berbeza jika Mane dibuang padang apabila hanya dilayangkan kad kuning selepas menyiku Kieran Tierney seawal minit ketiga permainan.

Arsenal mengikut perancangan permainan mereka yang menyaksikan dua kemenangan mengatasi Liverpool beberapa bulan kebelakangan ini ketika pasukan itu banyak bertahan dan menyerang balas ketika Reds menguasai bola.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 8:01 AM