PEMAIN tengah Liverpool, Mohamed Salah berlatih bersama rakan sepasukan menjelang perlawanan menentang Villareal. - FOTO AFP
PEMAIN tengah Liverpool, Mohamed Salah berlatih bersama rakan sepasukan menjelang perlawanan menentang Villareal. - FOTO AFP
Reuters

London: Tugas Liverpool baru separuh jalan selesai menentang Villarreal di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan mereka harus bersedia menghadapi layanan terburuk pada perlawanan timbal balik, kata pengurus, Juergen Klopp, hari ini.

Liverpool menewaskan Villarreal 2-0 di Anfield dan menang semua perlawanan di tempat lawan dalam kejohanan itu, musim ini, tetapi Unai Emery memiliki pencapaian 84 peratus sebagai jurulatih dalam aksi peringkat kalah mati di Eropah sejak 2010.

"Kami tidak memenangi perlawanan dengan bertahan dan mengharapkan serangan balas," kata Klopp menjelang perlawanan awal pagi Rabu ini di Sepanyol.

"Kami cuba bermain sebagai diri sendiri dan akan melakukannya sekali lagi. Kami perlu bersedia untuk disiksa dan bertahan seketika, tetapi itu bukan pendekatan umum kami."

Liverpool hanya tewas sekali tahun ini pada ketika mereka mahu mencipta sejarah memenangi empat trofi.

"Kami mesti melakukan sesuatu yang betul dalam beberapa bulan terakhir. Masalah sekarang, semuanya sempurna dan kami tersilap langkah pada perlawanan berikutnya dan perlawanan jadi berbeza," kata Klopp.

"Kami sedar berada dalam keadaan terbaik. Tetapi, apa yang anda perlu lakukan jika ketinggalan 0-2? Kenapa saya perlu fikirkan perlawanan lalu?

"Bayangkan Villarreal menjaringkan gol awal dan penyokong tempat sendiri akan bersama mereka sepanjang perlawanan...itu cabaran yang menanti."

Klopp berkata, kematangan dan pengalaman memang penting, namun ia bukan faktor penentu kemenangan.

"Mereka akan cuba bermain lebih berbanding apa yang kami benarkan pada perlawanan pertama.

"Unai sudah pasti akan menerapkan beberapa perkara. Ia akan menjadikan perlawanan menarik. kematangan penting, tetapi ia bukan satu-satunya faktor."

Klopp berkata, penyerang, Roberto Firmino sudah berlari semula selepas mengalami kecederaan kaki, tetapi masih terasa sakit dan tidak akan diturunkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2022 @ 10:18 PM