Biarpun berjaya menyempurnakan penalti Salah melepaskan banyak peluang menjaringkan gol di Bergamo. -FOTO Reuters
Biarpun berjaya menyempurnakan penalti Salah melepaskan banyak peluang menjaringkan gol di Bergamo. -FOTO Reuters
Agensi

London: Jurgen Klopp berkata Liverpool mensia-siakan peluang Liga Europa di Anfield minggu lalu dan menegaskan Mohamed Salah bukan punca mereka tersingkir pada suku akhir menentang Atalanta.

Liverpool tidak mampu mengatasi defisit perlawanan 0-3 pada suku akhir pertama walaupun menguasai separuh masa pertama dan Salah menjaringkan penalti awal.

Pengurus Liverpool itu mengakui mereka gagal menambah gol di Bergamo tetapi enggan menyalahkan Salah, yang melakukan kesilapan terbesar.

"Kami tidak kalah dalam perlawanan malam ini, kami tewas di tempat sendiri minggu lalu," kata pengurus Liverpool itu.

"Sangat mudah mengucapkan tahniah kepada Atalanta kerana mereka layak untuk mendapatkannya. Apabila anda memenangi perlawanan menentang kami 3-1 terutamanya dengan cara ini, anda layak pujian.

"Tetapi saya menyukai permainan kami, terutamanya pada permulaan. Saya menyukai komitmen, keinginan dan kekuatan yang kami tunjukkan dalam permainan ini tetapi jelas kami perlu menjaringkan gol dari masa ke semasa jika tidak ia akan menjadi rumit selama 90 minit.

"Seperti biasa gol kedua mungkin sedikit membantu. Atalanta bermula dengan keyakinan tetapi dengan beberapa situasi yang kami hadapi, saya rasa kami memberikan mereka tekanan dan mereka sedar bahawa itu tidak akan mudah. Saya sangat puas dengan itu.

"Kecewa kerana kami gagal untuk ke peringkat seterusnya tapi saya tidak kecewa atau marah."

Salah bekerja keras mencapai standardnya sejak kembali dari cedera panjang buat kali pertama di Liverpool, tetapi Klopp menafikan kebimbangannya terhadap antarabangsa Mesir itu.

"Saya tidak terlalu bimbang," katanya.

"Itulah yang dilakukan oleh penyerang. Kita kena laluinya, dia kena kena lalui. Dia salah satu pemain paling berpengalaman dalam skuad.

"Bukannya Mo tidak pernah melepaskan peluang sebelum ini dalam hidupnya, itu sebahagian daripada permainan.

Walaupun berjaya menyempurnakan penalti, Salah terlepas banyak peluang untuk menambah jaringan pada aksi timbal balik berkenaan.

Sejak kembali daripada kecederaan, bintang Mesir itu belum mencapai prestasi terbaiknya, meledak enam gol dalam 11 perlawanan - dua daripadanya menerusi sepakan penalti.

The Reds kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Man City dan terikat dengan Arsenal yang menghuni tangga kedua, akan berdepan Fulham, Ahad ini.

Justeru ketika ini dia mahu melupakan episod kekalahan di suku akhir Liga Europa dan kembali memburu kemenangan di saingan Liga Perdana Inggeris.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 9:25 AM