IHEANACHO ledak gol kelapan musim ini.
IHEANACHO ledak gol kelapan musim ini.
AFP

Manchester, United Kingdom: Manchester City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris walaupun diikat keputusan seri 1-1 ketika menentang Southampton di laman sendiri malam tadi biarpun persoalan sekali lagi dibangkitkan terhadap keupayaan skuad Pep Guardiola untuk merebut gelaran selepas gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut.

Jaringan kelapan Kelechi Iheanacho dalam 11 perlawanan terakhirnya memadam kelebihan dicipta Nathan Redmond buat Southampton pada separuh masa pertama berpunca daripada kesilapan pertahanan City John Stones.

City yang menang 10 perlawanan pertama mereka di bawah kendalian jurulatih Sepanyol Guardiola, kini berdepan kemerosotan prestasi yang membimbangkan.

Guardiola bercakap penuh semangat selepas tewas 0-4 kepada bekas kelabnya Barcelona mengenai keinginannya mahu kekal dalam falsafah bola sepak diamalkan selama ini.

Keyakinan itu bagaimanapun berdepan ujian hebat separuh masa pertama di mana anak buahnya gagal memberi ancaman buat Fraser Forster di depan gawang Southampton dan terus ketinggalan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 5:20 AM