JESSE Lingard. -FOTO AFP
JESSE Lingard. -FOTO AFP
Agensi

London: Pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick berkata keputusannya untuk mengekalkan Jesse Lingard di Old Trafford didorong oleh ketiadaan Mason Greenwood.

Greenwood, 20, dibebaskan dengan ikat jamin selepas di tahan Ahad lalu.

Dia tak akan berlatih atau bermain untuk kelab itu sehingga diberi tahu kelak.

Rangnick berkata Lingard diberi cuti beberapa hari untuk 'membersihkan kepalanya' dan akan terlepas peluang perlawanan keempat Piala FA dengan Middlesbrough.

"Dia bertanya kepada saya dan kelab jika boleh memberikan dia beberapa hari cuti untuk dia bertenang," kata Rangnick.

"Kelab menasihatkan saya untuk bercuti atas sebab peribadi," dia menulis di Twitter.

"Tapi fikiran saya sudah jelas dan saya akan sentiasa bersikap profesional apabila dipanggil dan memberikan 100 peratus."

Lingard berharap untuk meninggalkan kelab itu pada Januari dengan Newcastle United dan West Ham dikhabarkan berminat mendapatkan khidmatnya.

Namun akhirnya dia tidak dapat meninggalkan kelab itu dan Rangnick situasi Greenwood adalah sebahagian daripada sebabnya.

"Tiga minggu lalu Jesse tidak mahu meninggalkan kelab dan dia menukar fikiran," kata Rangnick.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Februari 2022 @ 12:21 PM