NEYMAR terjatuh ketika perlawanan menentang Bordeaux. FOTO AFP
NEYMAR terjatuh ketika perlawanan menentang Bordeaux. FOTO AFP
AFP

Bordeaux: Neymar menolak spekulasi berhubung kemerosotannya yang terlalu awal apabila dia menyumbat dua gol pada separuh masa pertama untuk mengesahkan kemenangan Paris Saint-Germain 3-2 di Bordeaux dalam aksi Ligue 1.

Penyerang Brazil itu hanya menjaringkan satu gol buat PSG musim ini dan itupun hanyalah sepakan penalti pada September lalu namun berjaya menjaringkan gol pada minit ke-26 dan 43 yang mana-mana kedua-duanya dibantu oleh Kylian Mbappe.

"Dia bermain permainan yang bagus," kata pengurus PSG Mauricio Pochettino. "Dia menjaringkan dua gol. Ia penting pemain yang menyerang menjaringkan gol."

Mbappe juga menjaringkan gol tanpa kehadiran Lionel Messi yang mengalami kecederaan dengan dua pemain itu berjaya membuat perbezaan dalam permainan yang seimbang.

Untuk gol pertamanya, Neymar menyambut hantaran dari sebelah kiri kotak penalti, melangkah masuk dan melepaskan rembatan melepasi dua pemain pertahanan di hadapan gawang lawan.

Neymar sekali lagi berjaya memanipulasi pertahanan lawan sebelum bertukar hantaran dengan Mbappe yang turut meledakkan gol buat PSG.

Spekulasi mula diperkatakan berhubung prestasi Neymar sejak dia mengumumkan pada Oktober lalu bahawa Piala Dunia di Qatar tahun depan akan menjadi yang terakhir kerana dia "tidak mempunyai kekuatan untuk bertahan lebih lama dalam bola sepak."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 November 2021 @ 11:04 AM