FARKE selepas Norwich lakar kemenangan. FOTO Agensi
FARKE selepas Norwich lakar kemenangan. FOTO Agensi
Agensi

London: Ketua jurulatih Norwich City, Daniel Farke dipecah beberapa jam selepas mereka melakarkan kemenangan pertama Liga Perdana musim ini.

Canaries menang 2-1 di Brentford namun kekal di zon penyingkiran Liga Perdana dengan hanya mengutip lima mata dari 11 perlawanan.

Farke sebelum ini membawa Norwich ke Liga Perdana sebanyak dua kali sejak 2017.

"Kami rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk perubahan bagi memberi peluang terbaik kepada diri kami mengekalkan status Liga Perdana," kata pengarah pasukan Stuart Webber.

Farke ketika ditemubual selepas perlawanan tidak memberi sebarang petunjuk bahawa beliau akan kehilangan tugasnya itu.

"Kami pasti mempunyai peluang untuk terus bertahan," katanya.

"Ia satu perjalanan yang panjang. Lebih lama kami bekerja sama ia lebih baik sebagai satu pasukan. Saya tidak boleh menjamin kami akan kekal dalam liga tapi jangan menilai kami."

Pengendali dari Jerman itu menjadi pengurus Norwich untuk 208 perlawanan dan menang 87 daripadanya.

Beliau mengambil alih tugas pada 2017 dan membawa Canaries merangkul gelaran Liga Kejuaraan pada musim keduanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 November 2021 @ 10:23 AM