NORWICH CITY kembali ke Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA
NORWICH CITY kembali ke Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA
AFP

London: Norwich City kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris meskipun tewas 1-3 kepada Bournemouth selepas Swansea dan Brentford sekadar seri.

Skuad kendalian Daniel Farke menguasai liga divisyen dua itu dengan 27 kemenangan dalam 42 perlawanan setakat ini, membolehkan mereka kembali ke Liga Perdana selepas tersingkir musim lalu.

The Canaries mengalami kekalahan keenam mereka musim ini selepas Dimitrios Giannoulis dilayangkan kad merah seawal minit ke-17 aksi di Carrow Road.

Emi Buendia membuka jaringan buat tuan rumah sebelum rakan pasukan diarah keluar padang namun Bournemouth memanfaatkan kelebihan untuk merebut tempat dalam aksi palyoff.

Jaringan babak kedua daripada Sam Surridge, Arnaut Danjuma dan Lloyd Kelly merapatkan jurang antara Cherries yang berada di tangga kelima, kepada hanya lapan mata dengan Watford di tangga kedua.

"Ia bukan tugas mudah untuk bangkit segera selepas tersingkir dan hari ini kami mampu melakukannya," kata pemain tengah Norwich Todd Cantwell.

"Amat mengecewakan petang ini. Keputusan kontroversi dan beberapa gol kontroversi namun kami masih boleh pulang dengan tersenyum bila mengetahui akan beraksi di Liga Perdana Inggeris."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 9:29 AM