Dean Smith dilantik pengendali Norwich City. FOTO AFP
Dean Smith dilantik pengendali Norwich City. FOTO AFP
Agensi

London: Norwich City mengesahkan Dean Smith dilantik sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu menerusi perjanjian selama dua setengah tahun.

Bekas bos Aston Villa berusia 50 tahun itu, menggantikan Daniel Farke, yang dipecat dengan skuad Canaries berada di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris dengan ketinggalan lima mata daripada kelompok penyingkiran.

Craig Shakespeare, yang berkerja bersama Smith di Villa Park, akan turut menyertai kelab itu sebagai pembantunya di Carrow Road.

"Ia adalah tujuh hari yang mendebarkan," kata Smith, yang dilepaskan oleh Villa pada 7 November.

"Saya sangat berbesar hati untuk kembali dan bekerja untuk Norwich City dalam Liga Perdana.

Perlawanan pertama Smith sebagai pengendali adalah aksi di laman sendiri berdepan Southampton pada 20 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 November 2021 @ 9:08 PM