Penyerang Norwich, Adam Idah (kiri) di halang pemain West Ham dalam aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Penyerang Norwich, Adam Idah (kiri) di halang pemain West Ham dalam aksi Liga Perdana. FOTO AFP
AFP

NORWICH mencatat rekod penyingkiran kali kelima dari saingan Liga Perdana ketika Michail Antonio menjaringkan empat gol untuk membantu West Ham mencatat kemenangan di Carrow Road, sebentar tadi.

Kekalahan ketujuh berturut-turut dalam liga buat pasukan kendalian Daniel Farke menamatkan cabaran mereka bagi kempen musim ini.

Tatkala Antonio mempamerkan aksi tanpa belas kasihan sekali gus meningkatkan moral West Ham sehingga penghujung saingan liga.

Norwich ketinggalan 13 mata daripada kedudukan di zon selamat dengan hanya berbaki tiga perlawanan liga bermakna mereka kembali dalam Liga Kejuaraan selepas berjaya menempatkan diri dalam liga utama Inggeris itu musim lalu.

The Canaries sering berada di zon penyingkiran pada era Liga Perdana, selepas empat kali jatuh di liga itu pada 1995, 2005, 2014 dan 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 10:05 PM