JADON Sancho mampu untuk lebih cemerlang di United. -FOTO AFP
JADON Sancho mampu untuk lebih cemerlang di United. -FOTO AFP
Agensi

London: Ole Gunnar Solskjaer menyarankan Jadon Sancho untuk tampil lebih bagus di Manchester United selepas kurang menyengat pada permulaan kariernya di Old Trafford.

Banyak yang diharapkan dari pemain sayap England itu apabila United mendapatkannya dengan nilai £73 juta (RM413.68 juta) dari Borussia Dortmund.

Namun pemain berusia 21 tahun itu masih bergelut di United dengan pengendali England, Gareth Southgate mengakui Sancho bernasib baik disenaraikan dalam skuad terbarunya.

Dengan lima penampilan dan tiga kali sebagai pengganti, Sancho masih belum menjaringkan sebaran gol dan hanya sekali melengkapkan aksi 90 minit.

Berbeza ketika dia di Dortmund, menjaringkan 50 gol dan 64 kali membantu dari 137 perlawanan bersama kelab Bundesliga itu.

Di sebalik kesukaran Sancho menyesuaikan diri dengan kehidupan di United dan Liga Perdana, Solskjaer mengatakan bahawa belia memiliki kepercayaan penuh kepada penyerang itu dan pemain itu akan membuktikannya.

"Jadon sangat luar biasa ketika menentang Villarreal," kata Solskjaer.

"Dia sangat hebat dan penonton menyukainya. Dia mempunyai tarikan dengan penonton.

"Itulah yang kami mahukan dari dia- Untuk menjadi pemain hebat, positif, menewaskan pemain beberapa kali.

"Ya dia masih belum menjaringkan gol tapi pada malam itu, itulah Jadon dan kami akan melihat lebih banyak."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 11:26 AM