Rio dikatakan mahu Sancho ke United berbanding PSG. FOTO REUTERS
Rio dikatakan mahu Sancho ke United berbanding PSG. FOTO REUTERS
The Sun

JADON Sancho yang bernilai £70 juta (RM376j) kini menjadi perebutan antara Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG).

Skuad United dikendali Ole Gunnar Solskjaer dan kelab gergasi Perancis itu sudah menghubungi kem Sancho untuk rundingan musim panas itu.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan media sosial bintang England beraksi untuk Borussia Dortmund itu nampaknya lebih suka ke Old Trafford.

Sancho, 18, yang membuat ‘retweet’ mesej dikirim bekas bintang United Rio Ferdinand mengatakan dia lebih suka melihatnya menyarung jersi Red Devils.

Mesej itu kemudian dipadam selepas didapati mencetuskan keadaan kurang selesa.

SunSport bulan lalu mendedahkan United sedia memenuhi ‘price tag’ £70j (RM376j) ditetapkan oleh Dortmund.

Sebarang rundingan pasti akan memalukan Manchester City yang membenarkan pemain itu meninggalkan kelab itu pada harga £8j (RM43j) biarpun mereka hanya mendapat 15 peratus daripada jualan pemain terbabit.

Sejak berhijrah ke Dortmund pada Ogos 2017, Sancho mendapat liputan memberangsangkan di Bundesliga.

Dia meledak sembilan gol dengan melakukan 13 bantuan.

Malah, dia menjaringkan gol pertamanya pada penampilan kompetitif pertama menyarung jersi England ketika Three Lions membelasah Republik Czech 5-0 pada kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mac 2019 @ 6:33 PM