Lemar (kanan) positif Covid-19. FOTO Agensi
Lemar (kanan) positif Covid-19. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Atletico Madrid memaklumkan Thomas Lemar dan Hector Herrera diuji positif Covid-19.

Lemar dan Herrera menyertai Mario Hermoso, Joao Felix dan Moussa Dembele dalam senarai lima pemain Atletico yang terpaksa disisihkan kerana dijangkiti wabak itu.

"Pemain kami Hector Herrera dan Thomas Lemar menjalani ujian sebelum perlawanan menentang Celta Vigo mengikut protokol La Liga dan menunjukkan keputusan positif Covid-19, yang kemudian disahkan dengan ujian PCR yang berkaitan." menurut Atletico dalam satu kenyataan.

"Kedua-dua pemain kini menjalani pengasingan kendiri di kediaman masing-masing bagi mematuhi sepenuhnya cadangan pihak berkuasa kesihatan dan protokol La Liga

Persiapan pasukan Atletico terjejas selepas dilanda virus berkenaan, dengan Lemar dan Herrera menyertai senarai panjang pemain yang dijangkiti.

Yannick Carrasco, Angel Correa, Sime Vrsaljko, Diego Costa, Jose Gimenez, Luis Suarez, Renan Lodi dan Lucas Torreira pernah diuji positif begitu juga jurulatih, Diego Simeone.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2021 @ 7:55 AM