JERSI Ronaldo (kiri) lebih laris berbanding Messi. FOTO Manchester United/PSG
JERSI Ronaldo (kiri) lebih laris berbanding Messi. FOTO Manchester United/PSG
Agensi

London: Jualan jersi Cristiano Ronaldo terjual hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding seteru utamanya, Lionel Messi selepas kedua-duanya berhijrah ke kelab baharu.

Messi meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) secara percuma manakala Ronaldo kembali ke Manchester United dari Juventus dengan nilai perpindahan £12 juta (RM68.6 juta).

Menariknya untuk kedua-dua pemenang Ballon d'Or itu, permintaan terhadap jualan jersi mereka sangat tinggi.

Ronaldo yang akan membuat penampilan pertama bersama United apabila bertemu Newcastle malam ini, menyaksikan jualan jersinya paling laris sepanjang sejarah Liga Perdana.

Menurut LoveTheSales, jualan jersi Ronaldo jauh mengatasi Messi.

Secara global, jualan jersi Ronaldo mencecah £187.1 juta (RM1.07 bilion) mananaka Messi di belakangnya dengan £103.8 juta (RM593.8 juta).

Pengasas LovetheSales.com, Stuart McClure berkata: "Carian secara dalam talian mendapati permintaan terhadap jersi 'Ronaldo 7' meningkat 600 peratus berbanding musim panas lalu.

"Ia membuktikan Manchester United berjaya meraih perpindahan pemain yang berbaloi."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 September 2021 @ 10:19 AM