Jose Mourinho melambai kepada peminat ketika diperkenalkan sebagai ketua jurulatih AS Roma, bulan lalu. FOTO EPA
Jose Mourinho melambai kepada peminat ketika diperkenalkan sebagai ketua jurulatih AS Roma, bulan lalu. FOTO EPA
AFP

Rom: Jose Mourinho berkata dia tetap 'tenang' menjelang perlawanan pertama kompetitif sebagai jurulatih Roma, sambil mengakui mengambil alih pasukan untuk perlawanan kali ke-996 dalam kariernya menimbulkan sedikit kerisauan.

"Memang benar ini adalah perlawanan rasmi pertama saya bersama kelab ini tetapi ia adalah perlawanan ke-996 saya jika saya tidak silap jadi saya akan bertenang," katanya kepada Sky Sport menjelang aksi perlawanan pertama play-off Liga Conference Europa di Trabzonspor, awal pagi esok.

Di sebalik perlawanan yang menjadi sebahagian daripada kejohanan baharu UEFA bagi kelab bahagian tiga, Mourinho, 58, berkata ia turut membabitkan saingan sengit.

"Pada saya ia tak nampak seperti play-off Liga Conference tetapi sama seperti perlawanan Liga Europa atau Liga Juara-Juara kerana kedua-dua kelab pernah beraksi di Liga Juara-Juara beberapa tahun lalu," katanya.

Mourinho juga berkata dia mengharapkan aksi terbaik daripada pemain yang baharu ditandatangani, Tammy Abraham dari Chelsea.

Abraham ditandatangani tiga hari selepas penyerang veteran Edin Dzeko menyertai Inter Milan bagi menggantikan Romelu Lukaku yang melengkapkan perpindahan semula ke Stamford Bridge.

"Abraham tidak mempunyai sejarah seperti Edin, yang berusia 35 tahun, tetapi dia memenangi segalanya dan dia masih muda selain mempunyai potensi masa depan yang cerah," jelas Mourinho.

Roma akan memulakan saingan kempen Serie A dengan melayan kunjungan Fiorentina, Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 10:07 AM