Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane. FOTO AFP
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane. FOTO AFP
Agensi

London: Harry Kane tidak akan beraksi buat Tottenham pada perlawanan pertama play-off Liga Conference Europa (ECL) berdepan Pacos de Ferreira, pagi esok.

Penyerang England yang dilaporkan mahu meninggalkan kelab itu tiada dalam senarai pasukan yang terbang ke Portugal semalam, untuk perlawanan itu.

Kane, 28, tidak diturunkan ketika Spurs menang 1-0 ke atas Manchester City iaitu pasukan yang cuba membelinya.

Dia kembali menjalani latihan selepas bercuti di Amerika Syarikat serta mengharungi saingan Euro 2020.

"Kane mendapatkan semula kecergasannya setiap hari," kata bos kelab itu Nuno Espirito Santo.

"Dia akan terus bekerja hari ini dan seterusnya. Dia akan menyertai pasukan pada Sabtu dan kita akan mengambil keputusan sama ada [dia akan beraksi berdepan Wolves pada Ahad] atau tidak."

Nuno mengesahkan tiada pemain dalam kesebelasan utama menewaskan Manchester City akan beraksi berdepan Pacos de Ferreira yang menduduki tempat kelima dalam saingan Liga Portugal, musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 12:22 PM