PEMAIN Milan,  Alexis Saelemaekers (tiga dari kanan)  meraikan jaringan di  Stadium Arcos,  Vila do Conde, Portugal. FOTO AFP
PEMAIN Milan, Alexis Saelemaekers (tiga dari kanan) meraikan jaringan di Stadium Arcos, Vila do Conde, Portugal. FOTO AFP
AFP

Paris: AC Milan terselamat daripada tersingkir buat kali pertama di pusingan awal Eropah selepas menyamakan kedudukan pada masa kecederaan sebelum menang 9-8 menerusi penentuan penalti dalam aksi playoff Liga Europa awal pagi tadi.

Juara Eropah tujuh kali itu ketinggalan ketika menentang kelab Portugal, Rio Ave namun mendapat penalti pada masa kecederaan selepas bola terkena tangan Toni Borevkovic.

Hakan Calhanoglu menyempurnakannya untuk kedudukan 2-2 dan pemenang ditentukan menerusi penentuan penalti.

"Anda tak boleh menang sebelum merana,'' kata pengurus Milan, Stefano Pioli.

Sementara itu, bekas juara Eropah, Red Star Belgrade, Celtic dan PSV Eindhoven turut mara selepas mencapai kemenangan.

Tottenham membelasah Maccabi Haifa 7-2, Granada yang tampil kali pertama dalam aksi Eropah menang 3-1 di Malmo tetapi Basel tewas 1-3 di tempat sendiri kepada CSKA Sofia.

Manakala kelab Bundesliga, Wolfsburg turut tewas 1-2 kepada AEK Athens di Athens.

Di London, Harry Kane meledak hatrik untuk tuan rumah sementara Giovani Lo Celso menjaringkan dua gol dengan Lucas Moura dan Dele Alli turut meledak gawang pelawat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2020 @ 9:57 AM