SAKA dilihat sudah kembali cergas ketika menjalani sesi pemulihan bersama rakan pasukan. FOTO Agensi
SAKA dilihat sudah kembali cergas ketika menjalani sesi pemulihan bersama rakan pasukan. FOTO Agensi
Agensi

London: Bukayo Saka dijangka cergas sepenuhnya untuk turun beraksi di separuh akhir Euro2020 menentang Denmark Khamis ini.

Bintang Arsenal itu terlepas peluang beraksi ketika mereka melakarkan kemenangan ke atas Ukraine di Rom kerana kecederaan buku lalu yang dialami ketika latihan minggu lalu.

Perkara itu menjadi tamparan hebat jurulatih Gareth Southgate yang menyenaraikan Saka pada dua perlawanan terdahulu.

Namun pemain berusia 19 tahun itu dilihat mampu mengalas tugas itu kembali apabila England bertemu Denmark nanti.

"Dia akan kembali baik. Dia mengatakan dirinya bersedia untuk perlawanan (Ukraine) tapi kami tidak berpeluang sepenuhnya melihat dia di atas padang tapi dia kini berada di tahap terbaik untuk diturunkan pada perlawanan seterusnya.

"Dia akan kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan Selasa dan ya, dia pasti akan baik semula."

Saka cukup bersemangat ketika dia bersama rakan pasukan menjalani sesi pemulihan di St George Park selepas kembali dari Itali.

Keadaan ini memberikan pilihan buat Southgate.

Jadon Sancho menggantikan Saka ketika mereka menang ke atas Ukraine dan beraksi dengan baik pada permulaan pertamanya di Euro 2020.

Namun pemain sayap yang akan melengkapkan perpindahan ke Manchester United selepas Euro ini mungkin akan kehilangan tempatnya itu.

Saka nampaknya akan menjadi pilihan jika pengganti diperlukan.

Pemain sayap kiri Denmark, Joakim Maehle menjadi kekuatan kepada negaranya itu di kejohanan ini, meledakkan dua gol dan membuat dua hantaran sempurna untuk membantu ledakan gol.

Manakala Saka mampu membantu Kyle Walker untuk satu lagi pilihan terbaik England.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 6:52 AM