SOUTHGATE pada sesi latihan di St George Park di Burton-on-Trent. FOTO AFP
SOUTHGATE pada sesi latihan di St George Park di Burton-on-Trent. FOTO AFP
AFP

London: Pengurus England Gareth Southgate boleh 'membalas dendamnya' terhadap Jerman akibat kekecewaannya terhadap kegagalan menyempurnakan sepakan penalti pada separuh akhir Euro 96, kata pemain tengah Declan Rice.

Pemain West Ham, 22, berkata dia menyaksikan kegagalan Southgate yang menyebabkan England terkeluar tewas dalam persaingan itu kepada pasukan juara.

"Saya jelas melihatnya sebagai seorang dari masa lalu. Ya, ia sangat sukar. Saya pasti Gareth juga ingin membalas dendam terhadap perkara itu.

"Jelas sekali dia gagal menyempurnakan penalti tepi semua orang pernah terlepas penalti. Saya gagal satu, dua hari sebelum tamat musim.

"Inilah bola sepak. Tapi buat Gareth saya pasti dia sudah bersedia dan sudah pasti dia akan mempersiapkan kami untuk menang dan saya harap kami dapat melakukannya untuk dia juga jadi dia boleh membalas dendamnya sendiri."

Rice mengakui sebagai pemain muda Chelsea dia terlepas tiga penalti untuk menang di tiga kejohanan berbeza tapi dia sudah belajar sesuatu dan bersedia jika diberi tanggungjawab itu.

"Ia hanya satu proses dalam pemikiran saya. Apabila pengadil meniup wisel anda tidak perlu terus pergi. Beri ruang dan dapatkan beberapa saat, gunakan teknik pernafasan untuk menenangkan diri dan ia semuanya mengenai visual.

"Bagaimana anda berusaha untuk memasukkan bola ke belakang gawang? Itu adalah perkara yang perlu saya usahakan seiring pertambahan usia."

Rice diturunkan untuk kesemua tiga perlawanan England di Euro berkata, dia sudah memadamkan akuan Twitter untuk membolehkannya fokus kepada Euro 2020 dengan perlawanan pusingan kedua menentang Jerman akan berlangsung di Wembley Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 6:43 AM