MOUNT dan Chilwell ‘dikurung’ di hotel St George Park  sehingga 28 Jun.  FOTO Agensi
MOUNT dan Chilwell ‘dikurung’ di hotel St George Park sehingga 28 Jun. FOTO Agensi
Agensi

London: Untuk tempoh lima hari akan datang, dua pemain England Mason Mount dan Ben Chilwell menjalani kuarantin di hotel eksklusif St George Park di Burton-upon-Trent.

Kedua-dua bintang Three Lion itu terpaksa diasingkan selepas kontak rapat dengan pemain tengah Scotland, Billy Gilmour yang didapati positif Covid-19 kelmarin.

Mereka tersisih ketika menentang Republik Czech tetapi boleh beraksi pada 30 Jun dalam saingan peringkat 16 terakhir.

Kedua-dua pemain Chelsea itu akan terus menjalani latihan bersendirian di hotel dengan bantuan program daripada jurulatih England.

Manakala makanan disediakan oleh chef yang biasa memasak untuk Spice Girls dan dihantar terus ke bilik mewah mereka.

CHEF Omar Meziane menyediakan makanan untuk Mount dan Chilwell. FOTO Agensi
CHEF Omar Meziane menyediakan makanan untuk Mount dan Chilwell. FOTO Agensi

Mount dan Chilwell boleh menggunakan padang di St George Park untuk sesi latihan namun penggunaan spa, jakuzi dan sauna dilarang selain tidak dibenarkan menggunakan kemudahan gimnasium tetapi peralatan boleh dihantar ke bilik mereka.

Kebanyakan masa kedua-dua pemain itu dihabiskan di bilik mewah. Tidak diketahui sama ada mereka diberikan suit lebih luas dengan ada yang berharga £400 (RM2,300) semalam.

Waktu makan juga penting kepada pemain selain masa untuk mereka lupakan tekanan beraksi di Euro 2020. Mount dan Chilwell mendapat layanan 'istimewa' apabila makanan mereka dihantar terus pintu bilik oleh chef terkenal, Omar Meziane.

Meziane kerap menyediakan makanan untuk Spice Girls, pasukan lumba perahu Britain di Sukan Olimpik Rio dan skuad kriket England di Jelajah Ashes 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 10:30 AM