Zon peminat di Moscow ditutup sementara berikutan kebimbangan penularan Covid-19. FOTO Agensi
Zon peminat di Moscow ditutup sementara berikutan kebimbangan penularan Covid-19. FOTO Agensi
AFP

Moscow: Moscow menutup zon peminat Euro 2020 dan melarang perhimpunan lebih daripada 1,000 orang kerana kebimbangan penularan kes Covid-19 menurut datuk bandarnya, hari ini.

"Saya tidak mahu melakukan perkara ini, tetapi kami harus mengambil tindakan," tulis Sergei Sobyanin di laman webnya.

"Bermula hari ini, kami akan menghadkan acara membabitkan ramai orang dengan maksimum kepada 1,000 orang."

"Buat masa ini kami menghentikan semua acara hiburan membabitkan ramai orang dan kami juga terpaksa menutup ruang tarian dan zon peminat," tulisnya sambil merujuk kepada zon peminat Euro 2020 di luar Stadium Luzhniki dekat Moscow.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 9:06 PM