MAN United mengalami penurunan jualan jersi. FOTO EPA
MAN United mengalami penurunan jualan jersi. FOTO EPA
Agensi

London: Manchester United berdepan tekanan daripada penaja, adidas yang mahu menghentikan penjualan jersi selepas ia mengalami penurunan jualan.

Bagaimanapun jenama dari Jerman itu bukanlah penyebab kepada keputusan ketua eksekutif United, Ed Woodward mengundur diri daripada kelab berkenaan.

Woodward mengumumkan akan meninggalkan kelab itu dua minggu lalu selepas gagal dalam perancangan Liga Super Eropah (ESL).

Terdapat khabar angin adidas tidak gembira dengan Woodward yang tidak memaklumkan kepada mereka berhubung perancangan itu.

Kegagalan United memenangi trofi adalah antara punca utama jualan jersi mereka menurun.

United gagal meraih sebarang trofi sejak empat tahun lalu, iaitu sejak memenangi trofi Liga Europa dan Piala Liga pada 2017.

United gagal menyaingi seteru utama, Liverpool dalam penjualan jersi buat kali pertama dengan skuad bimbingan Jurgen Klopp menyaksikan lonjakan jualan jersi mereka selepas memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana.

Data yang dikongsikan oleh penganalisis veteran, Dr Peter Rohlmann menunjukkan jualan jersi United jatuh sejak 2019 lagi.

Ia jauh berbeza berbanding Liverpool yang mengalami lonjakan jualan dalam tempoh sama sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 10:47 AM