NEYMAR dikatakan akan menandatangani kontrak baru dengan PSG. FOTO Agensi
NEYMAR dikatakan akan menandatangani kontrak baru dengan PSG. FOTO Agensi
AFP

Paris: Perbincangan dengan Neymar mengenai kontrak baru berada pada landasan terbaik, jelas Pengarah Sukan, Paris Saint Germain (PSG), Leonardo.

Leonardo juga mengesahkan perbincangan dengan Kylian Mbappe juga masih sedang berlangsung.

Penyerang bintang juara Perancis itu akan tamat kontrak pada Jun 2022.

Beberapa media melaporkan persetujuan dengan Neymar sudah pun dimuktamadkan.

"Ia berada pada landasan terbaik. Bagaimanapun, di hujungnya kontrak akan termeterai apabila sudah ditandatangani dan sekarang ini ia masih belum berlaku," kata Leonardo.

Mbappe, sama seperti Neymar menyertai PSG pada 2017, dikaitkan dengan Real Madrid.

"Kita sudah berbincang dengan Mbappe sudah sekian lama. Ia dilihat semakin jelas," kata Leonardo.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2021 @ 9:40 PM