LEANDRO Trossard (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Crystal Palace, Cheikhou Kouyate. FOTO AFP
LEANDRO Trossard (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Crystal Palace, Cheikhou Kouyate. FOTO AFP
AFP

Brighton, United Kingdom: Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson mempertahankan corak permainan pasukannya selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Brighton hasil sepakan voli yang menakjubkan dari Christian Benteke minit ke-95.

Skuad Eagles hanya mempunyai dua sentuhan di dalam kotak penalti Brighton dan berjaya menyempurnakan peluang itu ketika skuad Seagulls memperoleh 25 peluang dan mengawal 75 peratus posisi bola.

"Kita terlalu bergantung kepada statistik hari ini. Perlawanan ditentukan oleh gol. Gol ditentukan bagaimana anda mengambil peluang dan mempertahankannya.

"Sebelum itu hadiah untuk sepakan sudut dan sentuhan dalam kotak penalti adalah penting untuk menentukan keputusan yang dihasilkan melalui sepakan gol yang anda jaringkan dan gol yang tidak dilepaskan.

"Saya memang tidak puas hati jika kami kalah dan kami mempunyai lebih banyak sepakan sudut atau sentuhan dalam kotak penalti," kata Hodgson.

Palace turun tanpa pemain utama Wilfried Zaha yang mengalami kecederaan namun Jean-Philippe Mateta memberi impak pada penampilan kedua sejak dipinjamkan dari Mainz.

Hantaran lintang Jordan Ayew dari kanan membolehkan pemain Perancis meledak gol pertamanya buat Palace pada minit ke-28.

Brighton kemudiannya mendominasi namun Neal Maupay, Adam Lallana dan Leandro Trossard mensia-siakan peluang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 8:33 AM