Nice, Perancis: Pengurus England Roy Hodgson berkata, tumpuan perlu diberikan kepada kapten Iceland Aron Gunnarsson menjelang pertemuan awal pagi esok.

“Anda mungkin buta jika tidak sedar Gunnarsson adalah senjata utama Iceland,” kata Hodgson.

“Dia bukan saja membaling bola cantik ke dalam kotak penalti, tapi dia sendiri membaling bola daripada cubaan di penjuru. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian oleh setiap pemain,” katanya.

Iceland memanfaatkan sepenuhnya kelebihan pemain tengah Cardiff City berusia 27 tahun itu ketika bertemu Austria pada perlawanan terakhir Kumpulan F.

Lontarannya mencecah ke dalam kotak penalti yang kemudian disempurnakan oleh Jon Dadi Bodvarsson untuk meletakkan Iceland di depan.

“Jika kami tidak melakukan analisis dan memanfaatkan peluang dengan baik, Gunnarsson mungkin akan membantu mereka untuk menjaringkan gol.

“Kami perlu melakukan persediaan sepenuhnya,” kata Hodgson. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 8:42 AM