Perancang tengan Manchester United, Donny van de Beek (kanan) bersaing merebut bola bersama pemain West Ham pada aksi Piala FA. FOTO Agensi
Perancang tengan Manchester United, Donny van de Beek (kanan) bersaing merebut bola bersama pemain West Ham pada aksi Piala FA. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas penyerang Manchester United, Mark Hughes mendakwa rakan sepasukan Donny van de Beek di Old Trafford 'belum cukup yakin' dengan pemain kebangsaan Belanda itu.

Van de Beek jarang diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama disenaraikan semalam ketika bos United, Ole Gunnar Solskjaer menamakan pemain itu dalam pasukan utama bagi pertembungan pusingan kelima Piala FA menentang West Ham.

Pemain Belanda itu kelihatan sukar menjalankan tugasnya ketika berdepan skuad Hammers, sebelum digantikan dengan Bruno Fernandes pada minit ke-73 di mana Red Devils menang 1-0.

Hughes berkata ketika ini rakan sepasukan pemain berusia 23 tahun itu "sukar mempercayainya ketika dia mengawal bola".

"Anda boleh lihat... ia kelihatan seperti mereka tidak mempercayainya dengan bola. Mereka lebih selesa dengan kehadiran Fred dan [Nemanja] Matic dan mereka melihat [Marcus] Rashford, serta [Anthony] Martial, dan [Mason] Greenwood, yang juga pemain muda tapi mempunyai bakat yang hebat, ia seperti mereka lebih selesa dengan gandingan itu, mereka perlu melorongkan bola kepadanya." kata Hughes kepada talkSPORT.

"Van de Beek, adalah salah satu perpindahan yang baik, saya tidak melihat pergerakan untuk masuk ke ruang sepatutnya, walaupun anda mengetahui tugasnya di bahagian itu.

"Dia masih mengecewakan. Dia beraksi buat Manchester United sebuah kelab besar, dia perlu mempamerkan lebih daripada apa yang dilakukan ketika ini."

Van de Beek tiba di Old Trafford dari Ajax pada musim panas lalu, hanya berjaya menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol dalam 25 penampilan buat United pada kempen 2020-21.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2021 @ 2:39 PM