MESSI menerima kad merah buat kali pertama ketika bersama Barcelona dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol. FOTO AFP
MESSI menerima kad merah buat kali pertama ketika bersama Barcelona dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol. FOTO AFP
AFP

Madrid: Lionel Messi digantung dua perlawanan selepas menerima layangan kad merah pertama sepanjang beraksi bersama Barcelona.

Penyerang Argentina itu menerima kad merah pada hujung saingan ketika kalah 2-3 kepada Athletic Bilbao dalam aksi final Piala Super Sepanyol apabila menampar Asier Villalibre.

Messi pernah diperintah keluar padang ketika beraksi bersama Argentina termasuk di Copa America 2019 namun tidak pernah menerima kad merah dalam tempoh 16 tahun dan 753 perlawanan bersama Barcelona.

Keputusan penggantungan berkenaan diumumkan oleh Persekutuan Bolasepak Sepanyol.

Messi pernah menerima kad merah 15 tahun lalu ketika bersama Barca namun ketika itu dia beraksi bersama skuad kedua di divisyen tiga, berdasarkan pakar statistik Sepanyol, Alexis Martin Tamayo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 12:05 AM