Bintang Argentina, Lionel Messi meledak satu gol ketika membantu pasukannya menewaskan Ecuador pada aksi suku akhir Copa America 2021. FOTO AFP
Bintang Argentina, Lionel Messi meledak satu gol ketika membantu pasukannya menewaskan Ecuador pada aksi suku akhir Copa America 2021. FOTO AFP
Agensi

Paris: Paris Saint-Germain dilaporkan menawarkan kontrak lumayan kepada Lionel Messi yang mencetus tanda tanya mengenai masa depan penyerang itu di Barcelona.

Pemenang enam kali Ballon d'Or secara rasmi menjadi pemain bebas selepas kontraknya berakhir tetapi kelab Catalan menaruh keyakinan untuk mengikatnya kembali bagi jangka masa dua tahun lagi.

Bagaimanapun, perbincangan kontrak bersama pemain Argentina sepatutnya dijalankan berikutan keprihatinan mengenai kewangan yang adil dan PSG bersedia mengambil peluang dari situasi itu.

Menurut AS, PSG sudah menawarkan kontrak lumayan kepada pemain berusia 34 tahun itu, yang pastinya menerima pendapatan tinggi di Parc des Princes berbanding bersama Barcelona.

Laporan menambah bahawa PSG tidak tergesa-gesa untuk memuktamadkan perjanjian ketika Messi kini memberi perhatian pada Copa America bersama Argentina selepas penyerang itu memberi impak dalam tiga gol jaringan skuad negaranya ketika menang 3-0 di peringkat suku akhir ke atas Ecuador.

Messi kini meledak empat gol dan mencipta empat bantuan gol dalam lima perlawanan di Copa America ketika Argentina melakukan persediaan berdepan Colombia pada aksi separuh akhir pagi Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 10:27 PM