Lionel Messi beraksi dalam musim ke-17 di Barcelona. FOTO AFP
Lionel Messi beraksi dalam musim ke-17 di Barcelona. FOTO AFP
Agensi

Madrid : Lionel Messi hampir mencatat rekod sekali gus menjelang musim ke-17 bintang Argentina itu di Barcelona.

Pada musim panas, kapten kelab Catalan itu kelihatan akan beraksi dalam perlawanan terakhirnya di kelab itu tetapi sebaliknya dia dijangka memulakan aksi menentang Villarreal apabila kempen La Liga mereka bermula pada Ahad ini.

Akhbar berpangkalan di Barcelona, Sport menerbitkan muka depan hari ini membabitkan rekod besar yang bakal di buru Messi sekalipun dikaitkan dengan perpindahan sebelum mengubah fikirannya untuk kekal.

Pemain berusia 33 tahun itu sudah pun mencipta rekod apabila mengharungi musim ke-17 di kelab gergasi Sepanyol itu.

Hanya Xavi Hernandez dan Carles Rexach mencapai rekod itu, Messi menjadi pemain pertama bukan dari Sepanyol yang melakukannya.

Rexach, 73, hanya memenangi La Liga sekali antara 1964 dan 1981 sementara bos Al-Sadd, Xavi, 40, merangkul 25 pengiktirafan sebelum meninggalkan kelab itu pada 2015.

Messi sudahpun mencatat rekod antara penjaring gol terbanyak dalam La Liga, Liga Juara-Juara dan El Clasico, begitu juga sebagai pendahulu bantuan gol dan pemain yang kreatif, dia dikatakan bakal memecahkan rekod penampilan.

Xavi memegang rekod dalam 767 penampilan bersama gergasi Sepanyol itu ketika Messi hanya 36 di belakangnya dengan 731 dan pasti dapat mengatasinya jika dia terus kekal cergas dalam keseluruhan musim.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 11:22 PM