MBAPPE (C) menerima ucapan tahniah daripada rakan pasukan selepas menyempurnakan penalti. FOTO EPA
MBAPPE (C) menerima ucapan tahniah daripada rakan pasukan selepas menyempurnakan penalti. FOTO EPA

Paris: Kylian Mbappe menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan Paris Saint-Germain melakarkan kemenangan 2-0 ke atas Lorient yang bermain 10 orang awal pagi tadi seterusnya memastikan juara bertahan itu kini satu mata di belakang Lille menjelang kunjungan mereka mentang pendahulu liga minggu ini.

Mbappe menyempurnakan penalti pada separuh masa kedua selepas Andrew Gravillon diarah keluar padang dan jaringan Moise Kean membantu kemenangan PSG ke atas Lille selepas Lille, menewaskan Dijon dengan jaringan sama.

Lyon jatuh ke tangga ketiga, satu mata di belakang PSG selepas keputusan dramatik seri 2-2 berdepan Brest.

Marseille yang masih mempunyai baki dua perlawanan dan berkedudukan tempat ketiga ketinggalan lima mata di belakang pendahulu tewas 2-1 kepada Rennes.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel selepas perlawanan berkata, Neymar yang mengalami kecederaan buku lali Ahad lalu ketika bertemu Lyon akan kembali diturunkan hujung minggu ini.

"Untuk Neymar kami akan lakukan apa saja dan itu berita yang baik," kata pengendali Jerman itu.

"Saya tidak boleh berkata tidak. Dia tidak di turunkan menentang Lille'. Ia boleh dilakukan. Kami akan cuba apa yang boleh."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 11:55 AM