Maguire (kanan) membantu mengagihkan hadiah sempena krismas. FOTO MUFC
Maguire (kanan) membantu mengagihkan hadiah sempena krismas. FOTO MUFC
Agensi

London: Pemain Manchester United mempamerkan kualiti sebagai pemain bintang minggu ini selepas membantu menghantar ribuan paket hadiah kepada kanak-kanak kurang bernasib baik sempena Krismas.

Kapten United, Harry Maguire dan rakan sepasukannya berganding bahu dengan kumpulan penyokong kelab itu untuk membantu mengagihkan bungkusan sempena perayaan itu kepada rumah kebajikan kanak-kanak sekitar Manchester.

Antaranya adalah rumah jagaan, hospital, pusat rawatan dan sekolah khas.

Bungkusan itu termasuk permainan, buku, kotak pensil, buku nota dan topi, yang direka khas untuk menceriakan suasana dan memulihkan semangat kanak-kanak yang turut menempuhi waktu sukar pada tahun ini lebih-lebih lagi ketika dunia dihimpit dengan isu pandemik Covid-19.

Sebahagian daripada paket hadiah itu dibungkus sendiri oleh Maguire ketika pemain pertahanan itu dan sebahagian pasukan utama mendermakan £250,000 (RM1.35 juta) kepada kempen Santa's Red Helpers, dengan tambahan dana berjaya dikumpul daripada staf dan peminat kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 11:34 PM