SYAHRIAN Abimanyu memperagakan muffler JDT sebagai tanda simbolik pemain itu sah milik kelab JDT pada musim depan. FOTO Ihsan Johor Southerh Tigers
SYAHRIAN Abimanyu memperagakan muffler JDT sebagai tanda simbolik pemain itu sah milik kelab JDT pada musim depan. FOTO Ihsan Johor Southerh Tigers
Rizar Mohd Noor


Iskandar Puteri: Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani pemain Bawah 23 tahun Indonesia, Syahrian Abimanyu untuk pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pasukan itu akan mendapat khidmat pemain Indonesia yang menjadi perancangan projek jangka masa panjang kelab memenangi kejuaraan Liga Super tujuh musim berturut-turut.

Dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, tidak menyatakan pemain kelahiran Banjamegara, Indonesia yang berusia 21 tahun pasukan mana pemain itu beraksi sama ada skuad JDT atau Johor Darul Ta'zim II (JDT II).

Bekas pemain Madura United itu memulakan karier bola sepak bersama SSB Mandiri Jaya Bogor dan Akademi Bolasepak Jakarta.

Malah dia juga pernah mendapat pendedahan di Sepanyol bersama Atletici Levante pada 2016 hingga 2017 ketika berusia 17 tahun dan kembali ke Indonesia untuk menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta.

Pada musim 2018, Syahrian menyertai kelab Sriwijaya selama semusim dan kelab terakhir sebelum menyertai JDT adalah Madura United apabila membuat 20 penampilan.

Dia juga memiliki pengalaman beraksi bersama pasukan remaja Indonesia yang turut dikenali sebagai Garuda Muda iaitu Bawah 16 tahun, Bawah 19 tahun dan masih bersama skuad Bawah 23 tahun Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 11:08 AM