LUKAKU (tengah) cuba dihalang pemain NapoliĆ¢ Kalidou Koulibaly (kanan). FOTO AFP
LUKAKU (tengah) cuba dihalang pemain NapoliĆ¢ Kalidou Koulibaly (kanan). FOTO AFP
AFP

Milan: Romelu Lukaku menyempurnakan sepakan penalti untuk Inter Milan melakar kemenangan mengatasi pencabar gelaran Napoli 1-0 seterusnya melonjak kedudukan ke tangga kedua satu mata di belakang pendahulu Serie A, AC Milan yang seri menentang Genoa.

Juara bertahan Juventus kini di kedudukan ketiga tiga mata di belakang Inter selepas Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan penalti yang menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Atalanta.

Napoli terpaksa bermain 10 orang selepas kapten pasukan Lorenzo Insigne diarah keluar padang kini menghuni kedudukan keempat liga.

Insigne dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil selepas penjaga gol David Ospina mengasari Matteo Darmian yang akhirnya dihadiahkan sepakan penalti.

"Hanya di Itali pemain dikeluarkan kerana hal seperti ini," kata jurulatih Napoli Gennaro Gattuso dan mengatakan bahawa ia adalah "penalti yang meragukan."

Aksi Napoli mula pincang selepas penjaring terbaik kelab Dries Mertens terpaksa dikeluarkan pada babak pertama kerana mengalami kecederaan buku lali.

Lukaku menyempurnakan penalti minit ke-73 untuk gol ke-10 liga menyertai Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic dalam senarai penjaring terbanyak Serie A.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 9:09 AM