Branislav Ivanovic. FOTO Agensi
Branislav Ivanovic. FOTO Agensi
AFP

West Bromwich, United Kingdom: Dua pemain West Bromwich Albion, Branislav Ivanovic dan Matheus Pereira terlepas aksi pasukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris berdepan Tottenham malam ini selepas didapati positif Covid-19.

Pengurus Albion, Slaven Bilic berkata kelab berkenaan mendapat keputusan awal minggu ini dan dua pemain itu akan menjalani pengasingan kendiri selama 10 hari.

"Ia satu tamparan. Kami mengetahuinya pada Selasa dan Rabu. Kami sudah mengambil langkah sepatutnya buat pasukan ia ternyata satu tindakan yang lebih baik." kata Bilic.

Ketiadaan pertahanan Serbia, Ivanovic, 36, dan perancang tengah Brazil, Pereira, 24, memberi tamparan hebat buat pasukan bergelut West Brom ketika mereka mengintai kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 8:18 PM