MESSI meraikan jaringan keduanya ketika bertemu Real Betis. FOTO AFP
MESSI meraikan jaringan keduanya ketika bertemu Real Betis. FOTO AFP
AFP

Madrid: Lionel Messi yang masuk pada separuh masa kedua menyelamatkan Barcelona apabila meledak dua gol ketika pasukannya melakar kemenangan 5-2 ke atas Real Betis.

Messi direhatkan oleh pengendali Barca, Ronald Koeman namun kemudian diturunkan selepas Antoine Griezmann gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika ketiadaan bintang Argentina itu sebelum Antonio Sanabria menafikan gol pembukaan Ousmane Dembele.

Selepas empat minit dimasukkan, Messi menjadi arkitek kepada gol Griezmann minit ke-49 sebelum dia sendiri menjaringkan dua gol minit ke-61 dan 82 dan kemudian Pedri mengesahkan kemenangan Barca dengan gol kelima minit ke-90.

Prestasi Messi itu sekali gus menjawab kritikan yang menyatakan prestasinya menurun pada musim ini.

"Leo mengalami sedikit masalah selepas tamat perlawanan bertmeu Kiev. Dia tidak berada pada tahap terbaik untuk beraksi tetapi kami ada memberitahunya bahawa dia boleh beraksi jika berasakan dirinya cergas.

"Dia seorang pemain yang sentiasa mempunyai prinsip mahu beraksi. Tetapi hari ini dia tidak dapat melakukan sepenuhnya kerana sedikit masalah dialaminya," katanya.

Malah sebelum meledak gol pertama, bintang berusia 33 tahun itu berjaya menukar rentak permainan dengan meletakkan Barcelona menguasai perlawanan.

"Saya harap dia dapat meneruskan apa yang dilakukannya sekarang," kata Koeman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 8:49 AM