TRINCAO (kanan) meledak dua gol untuk membantu Barcelona mencatat kemenangan 2-1 ke atas Alaves. FOTO AFP
TRINCAO (kanan) meledak dua gol untuk membantu Barcelona mencatat kemenangan 2-1 ke atas Alaves. FOTO AFP
AFP

Madrid: Barcelona mungkin tidak dapat mengejar Atletico Madrid namun mereka berpeluang untuk menjinakkan Paris Saint Germain (PSG) apabila mendapat tonik terbaik selepas Lionel Messi menjaringkan dua gol ketika membelasah Alaves 5-1 awal pagi tadi.

Messi meledak dua gol menarik dari jarak jauh dan mampu mencatat hatrik di Nou Camp sekiranya jaringan pada separuh masa pertama tidak dibatalkan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan Antoine Griezmann berada di kedudukan ofsaid.

Dia buat kali kedua bergandingan bersama pemain berusia 21 tahun, Francisco Trincao dan membantu Junior Firpo menambah gol kelima Barca.

"Leo sangat fokus, dia gembira dan bertindak tanpa belas kasihan. Apabila mereka melakukan hantaran kepadanya dan dia mencari ruang, semuanya kelihatan mudah," kata Ronald Koeman.

Kemenangan bermakna Barca mengekori Atletico dengan lapan mata selepas pendahulu liga itu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Granada.

Barcelona dan Real Madrid kedua-duanya beraksi lebih satu perlawanan berbanding Atletico, dengan pasukan bimbingan Zinedine Zidane akan menanti kunjungan Valencia malam ini.

Kemenangan yang dicatatkan Atletico memberikan mereka semangat selepas gagal meraih mata penuh buat kali pertama dalam sembilan perlawanan ketika berdepan Celta Vigo awal minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2021 @ 11:45 AM