Pemain Napoli, Eljif Elmas (tengah) meraikan jaringan berdepan Leicester. FOTO AFP
Pemain Napoli, Eljif Elmas (tengah) meraikan jaringan berdepan Leicester. FOTO AFP
AFP

London: Brendan Rodgers mengakui dia tidak tahu apa itu Liga Konferensi selepas Leicester tewas 2-3 kepada Napoli yang meletakkan mereka di pertandingan yang kurang menjadi tumpuan itu, pagi ini.

Napoli menyingkirkan Leicester dari saingan itu ketika kelab Itali berkenaan mara ke pusingan kalah mati dalam saingan dramatik Kumpulan C.

Leicester berkedudukan teratas kumpulan sebelum saingan terakhir, namun kekalahan di Naples meletakkan mereka di tempat ketiga, bermakna mereka akan bermain dalam saingan play off kalah mati saingan divisyen ketiga UEFA itu pada Februari.

"Saya harus berlaku jujur, saya langsung tidak tahu mengenai kejohanan itu," kata Rodgers mengenai Liga Konferensi Europa.

"Saya memberi tumpuan kepada Liga Europa dan menang kumpulan ini atau sekurang-kurangnya tempat kedua. Saya tidak pasti apakah ia, tapi saya pasti akan tahu tidak lama lagi."

Pengendali Leicester, Brendan Rodgers. FOTO AFP
Pengendali Leicester, Brendan Rodgers. FOTO AFP

Napoli melepaskan kelebihan dua gol apabila Leicester bangkit untuk menyamakan kedudukan selepas babak pertama namun gol kedua Eljif Elmas memberikan kemenangan buat tuan rumah selepas rehat.

Spartak Moscow menamatkan saingan kumpulan di tempat teratas apabila menewaskan Legia Warsaw, 1-0 menerusi jaringan tunggal Zelimkhan Bakaev minit ke-17.

Leicester boleh mengesahkan kemaraan jika pemain Legia, Tomas Pekhart menyempurnakan penalti pada penghujung saingan.

Napoli berada di tempat kedua, dua mata di depan Leicester dan akan beraksi dalam pusingan kalah mati Liga Europa pada Februari.

Keputusan Liga Europa:

Kumpulan A -

Lyon (FRA) 1 (Bassey 49-og) Rangers (SCO) 1 (Wright 42)

Sparta Prague (CZE) 2 (Hancko 43, Hlozek 49) Brondby (DEN) 0

Kumpulan B -

Real Sociedad (ESP) 3 (Oyarzabal 43-pen, 62, Sorloth 90+3) PSV Eindhoven (NED) 0

Sturm Graz (AUT) 1 (Jantscher 7-pen) Monaco (FRA) 1 (Volland 30)

Kumpulan C -

Legia Warsaw (POL) 0 Spartak Moscow (RUS) 1 (Bakaev 17)

Napoli (ITA) 3 (Ounas 4, Elmas 24, 53) Leicester (ENG) 2 (Evans 27, Dewsbury-Hall 33)

Kumpulan D -

Fenerbahce (TUR) 1 (Berisha 42) Eintracht Frankfurt (GER) 1 (Sow 29)

Antwerp (BEL) 1 (Balikwisha 7) Olympiakos (GRE) 0

Kumpulan E -

Lazio (ITA) 0 Galatasaray (TUR) 0

Marseille (FRA) 1 (Milik 35) Lokomotiv Moscow (RUS) 0

Kumpulan F -

Ludogorets (BUL) 0 Midtjylland (DEN) 0

Braga (POR) 1 (Galeno 52-pen) Red Star Belgrade (SRB) 1 (Katai 70-pen)

Kumpulan G -

Celtic (SCO) 3 (Welsh 3, Henderson 52, Turnbull 78-pen) Real Betis (ESP) 2 (Bain 69-og, Borja 75)

Ferencvaros (HUN) 1 (Laidouni 82) Bayer Leverkusen (GER) 0

Kumpulan H -

Genk (BEL) 0 Rapid Vienna (AUT) 1 (Ljubicic 29)

West Ham (ENG) 0 Dinamo Zagreb (CRO) 1 (Orsic 4)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 7:36 AM