Penyerang Manchester United, Marcus Rashford (kiri) menjaringkan gol kemenangan pasukannya ke atas PSG dalam saingan Liga Juara-Juara di Paris. FOTO AFP
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford (kiri) menjaringkan gol kemenangan pasukannya ke atas PSG dalam saingan Liga Juara-Juara di Paris. FOTO AFP
AFP

Paris: Marcus Rashford menghasilkan satu lagi serangan lewat untuk membantu Manchester United menewaskan naib juara musim lalu, Paris Saint-Germain di Parc des Princes pada aksi pembukaan kumpulan Liga Juara-Juara, pagi ini.

Penyerang England itu yang menyempurnakan penalti minit terakhir bagi memastikan kemenangan buat United mengatasi PSG di tempat sama pada kelompok 16 terakhir pada 2019, menjaringkan gol pada minit ke-87 ketika skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berhak memungut tiga mata dalam Kumpulan H.

"Masing-masing mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan. Sebagai penyerang apabila semakin berakhir, itu yang sudah difikirkan, anda mungkin hanya ada satu peluang dan anda perlu melakukan yang terbaik bagi merealisasikan," kata Rashford kepada BT Sport selepas mengulangi sejarah dua musim lalu.

United mendahului pada babak pertama dalam aksi yang berlangsung di stadium kosong di Paris hasil penalti kapten pasukan bagi perlawanan itu, Bruno Fernandes.

PSG tampak akan memperoleh seri walaupun persembahan buruk dipamerkan mereka selepas Anthony Martial menanduk masuk sepakan sudut Neymar ke gawang sendiri selepas 10 minit babak kedua bermula dalam saingan kumpulan H itu.

"Ia adalah perasaan yang berbeza, ia adalah permulaan dalam peringkat kumpulan, tetapi kami tetap menang berdepan pasukan hebat," kata Solskjaer.

Keputusan Liga Juara-Juara:

Kumpulan E

Di London

Chelsea (ENG) 0 Sevilla (ESP) 0

Di Rennes, Perancis

Rennes (FRA) 1 Krasnodar (RUS) 1

Kumpulan F

di Rome

Lazio (ITA) 3 Borussia Dortmund (GER) 1

Di Saint Petersburg, Russia

Zenit Saint-Petersburg (RUS) 1 Club Brugge (BEL) 2

Kumpulan G

di Barcelona, Sepanyol

Barcelona (ESP) 5 Ferencvaros (HUN) 1

Di Kiev

Dynamo Kiev (UKR) 0 Juventus (ITA) 2

Kumpulan H

Di Paris

Paris Saint-Germain (FRA) 1 Manchester United (ENG) 2

Di Leipzig, Jerman

RB Leipzig (GER) 2 Istanbul Basaksehir (TUR) 0

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 7:45 AM