SHEVON-Soon Huat tumbang di tangan pasangan tuan rumah. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
SHEVON-Soon Huat tumbang di tangan pasangan tuan rumah. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Impian beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai di untuk beraksi di pentas final Terbuka Hong Kong lebur selepas tewas di tangan wakil tuan rumah, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, sebentar tadi.

Soon Huat-Shevon tenggelam di sebalik sokongan padu yang diberikan penyokong tuan rumah kepada Chun Man-Ying Suet yang mendominasi perlawanan sekali gus melakar kemenangan 21-12, 21-12 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Hong Kong Coliseum.

Kekalahan Soon Huat-Shevon menyaksikan cabaran Malaysia kini digalas sepenuhnya beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang sebelum itu berjaya mengesahkan kemaraan ke final selepas menundukkan pasangan Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard.

Seorang lagi wakil negara iaitu perseorangan lelaki, Ng Tze Yong turut terkandas di separuh akhir susulan kekalahan di tangan pemain Indonesia, Jonatan Christie.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2023 @ 9:51 PM