PEMAIN bergambar selepas tamat perlawanan.
PEMAIN bergambar selepas tamat perlawanan.

Kuala Lumpur: Branson Hee berjaya meraih gelaran berganda di Pusingan Keenam Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) di Port Dickson apabila berjaya merangkul kedua-dua acara perseorangan dan beregu lelaki bawah 15 tahun di Arena Badminton NZ semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B) itu mengerah segala keringat untuk beraksi tiga set dalam kedua-dua aksi final itu.

Dia mengalahkan Wong Jia Lun (SMJK Chong Hwa, Gombak) 21-17, 17-21, 21-11 dalam aksi perseorangan sebelum berpasangan bersama Razeeq Danial Roslie (SMK Taman Jasmin, Kajang) untuk merangkul acara beregu.

Pasangan berkenaan selepas itu mengalahkan Oh Zhun Kiat-Vincent Ma Kai Yik (SMK Seri Bintang Selatan) 19-21, 21-15, 21-13.

"Saingan akhir beregu lelaki sangat sukar buat kami. Pemain lawan enggan menyerah kalah dan sentiasa membalas setiap pukulan kami lakukan. "Ketika kami tumpas set kedua, saya risau jika kami tidak boleh bertahan untuk mencatat kemenangan. Bagaimanapun, Razeeq berjaya membantu dengan baik dan sangat kuat dari segi pukulan smash.

"Saya akan sentiasa mengingati aksi ini. Ia sangat puas apabila meraih dua kejuaraan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2022 @ 4:22 PM