AARON-Wooi Yik tiba di KLIA sebentar tadi dan turut hadir Ahmad Faizal. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
AARON-Wooi Yik tiba di KLIA sebentar tadi dan turut hadir Ahmad Faizal. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Aida Adilah Mat


Sepang: Beregu badminton negara yang muncul juara dunia di Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selamat tiba di tanah air sebentar tadi.

Mereka di beri sambutan wira oleh peminat yang hadir di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi itu turut disambut oleh Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jana Santhiran Muniayan dan barisan kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan peminat badminton negara.

Aaron dan Wooi Yik berkata mereka teruja apabila diraikan oleh ratusan peminat dan perasaan yang sama itu turut dirasai ketika mereka meraih pingat di Olimpik Tokyo tahun lalu.

Aaron-Wooi Yik melakar sejarah apabila menjadi pemain badminton negara pertama muncul juara dunia menamatkan penantian selama 45 tahun sejak kejohanan diperkenalkan pada 1977.

Mereka turut menamatkan badi tanpa sebarangan gelaran sejak mula di gandingan pada 2017.

Kejayaan itu hadir selepas pasangan itu menundukkan beregu berpengalaman dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam aksi final yang berlangsung, Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 12:54 PM